Thursday, June 9, 2011

~Tinggalkan yang HARAM akan dapat yang HALAL~


Cerita ini ana pernah ceritakan kepada pelajar KMKN khususnya kepada akhwat.. walau bagaimanapun, suka ana ceritakan semula di blog ana ini.. 
*************************************************************
Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.
Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, “Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal.”
Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, “Tinggalkan yang haram, dapat yang halal.”
Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar…datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, ” Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal.”
Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.
Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT. Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya.
Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. “Saya seorang duda,” jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.
Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.
Pengajarannya..

إِنَّكَ لاَ تَدَع شَيْئاً إِتِّقَاءَ الله تَعَالَى إلاَّ أعطَاكَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ خَيْراً مِنْهُ

“Sesungguhnya tidaklah kamu meninggalkan sesuatu kerana takut kepada Allah melainkan pasti Allah ‘azza wa jalla akan memberikan kepadamu sesuatu yang lebih baik (dari yang kamu tinggalkan)” 

(HR. Ahmad)




Dan sentiasalah berbaik sangka dengan Allah.. yakinlah akan janji-Nya bagi orang yang taat akan perintah-Nya.. 

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. [al-Nisa’ 4:13].

~Salam Ukhuwah~

Monday, June 6, 2011

~Sport Car Versus Al-Quran~


Cerita ana dapat masa ana di sekolah dulu.. 

~Ustazah Che Som~
***************************************Ceritanya pun bermula********************************

Ada Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajian mengharapkan sebuah kereta sport yang berjenama Red Travel Ferrari daripada ayahnya.. lantas si anak menghajatkan kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama.

~Red Travel Ferrari~


si ayah hanya tersenyum.. si anak bertambah yakin andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Setelah beberapa bulan si anak telah perolehi kejayaan yang cukup cemerlang. hatinya berbunga keriangan.. suatu hari si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. si ayah memuji akan kejayaan anaknya sambil menyatakan betapa bangganya dia sebagai seorang ayah mendapat anak yang cukup cemerlang dalam pelajaran.

Si anak tersenyum puas.. di ruang mataya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya..

~Si anak tersenyum puas~

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak tersenyum. Kotak bertukar tangan. Dia memandang wajah ayahnya dengan sedikit kerisauan. Dia lantas membuka hadiah tanpa sebarang kata.. Penutup kotak di buka.

"Apa semua ini ayah" tanya si anak


~Al-Quran dengan kulit emas~

Dia masih tidak percaya hadiah yang disangkakan sebuah kunci kereta adalah kitab kecil Al Quran. Balutan Al Quran yang sangat cantik dengan cover berkulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan.

Amarah membuak2, nafsu mudanya bergelojak.

"Ayah sengaja hendak mempermainkan saya.. ayah bukan tak tahu betapa saya menyukai kereta, bukannya ayah tak mampu hendak belikan untuk saya. Sudahlah ayah, bukan Al Quran ni yang saya mahu" kata si anak dengan marahnya.

Al Quran itu di hempasnya keatas meja bacaan ayahnya.

Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi sesaat pun untuk si ayah bersuara. Si anak terus mengemaskan pakaiannya dan meninggalkan banglo mewah milik ayahnya tanpa ucapan.

Selepas kejadian itu, si anak telah berusaha sendiri mencapai kejayaannya.. Si anak mempunyai harta sendiri, seorang isteri dan dua orang anak yang cukup cantik. Hidup si anak cukup bahagia namun hatinya masih lagi sunyi dan tersentuh. Sudah 10 tahun si anak meninggalkan ayahnya tanpa menziarahinya.

Satu hari si anak menerima panggilan telefon dari peguam ayahnya. Berita tentang kematian ayahnya yang baru saja meninggal dunia semalam. Peguam si ayah meminta si anak untuk pulang kerumah agar si anak dapat mewarisi semua harta si ayah kepadanya. Si anak tiba di banglo milik ayahnya. Terlalu banyak kenangan menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya.

Si anak berjalan menghala kebilik bacaan si ayah. Tiba2 hatinya menjadi sebak.. semakin sebak apabila mendapati diatas meja ayahnya masih ada lagi hadiah Al Quran yang dia terima 10 tahun dahulu. Seolah2 si ayah masih setia menunggu mengharapkan kepulangan si anak. Perlahan2 langkahnya menuju ke meja lalu mengambil Al Quran itu sambil membelek2 dengan penuh terharu. TIba2 jatuh sesuatu dari Al Quran itu.

"Sampul surat?"

Sampul surat di ambil dan di buka. Alangkah terperanjat si anak apabila isi dalan kandungan sampul itu terdapat kunci, surat dan sekeping resit pembelian kereta idamannya yang telah dilunaskan bayaran oleh si ayah pada hari Konvonya.

Si anak membaca sepucuk surat tulisan yang sangat dia kenali..

isi surat tersebut "Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku"

Air mata si anak menitis bagai hujan.. hatinya bagai si tusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang namun semunya sudah terlambat..

Pengajaran di sebalik cerita ini adalah..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
(Surah Ar-Rahman, ayat 47)

Kita adalah hambanya yang hina yang sering mendustakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. 
Tidak semestinya nikmat yang kita perolehi itu didatangkan dalam bentuk yang kita bayangkan.. kadang-kadang ia didatangkan dalam bentuk yang tidak kita  sangkakan.. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)


Kita sering mahukan hari yang CERAH tetapi Allah lebih tahu hakikat HUJAN perlu diturunkan..

Oleh itu, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah.. Hargailah setiap nikmat yang diberikan-Nya.. walaupun nikmat yang dikurniakannya itu hanya sebesar zarah...

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim, Ayat 7)

Syukur bukan sekadar mengucapkan Alhamdulillah.. tetapi diterjemahkan dalam perbuatan. Jangan dibiarkan nikmat-Nya itu dibalas dengan perbuatan atau ibadah yang tidak setimpal dengan anugerah-Nya..

~salam ukhuwah~

Thursday, June 2, 2011

~Cinta~ Fitnah tanpa hidayah..





Cinta... 
Satu topik yang sangat luas pengetahuannya.. ada yang kata cinta itu dusta belaka.. tapi bagi ana, ia adalah fitrah manusia... suka ana katakan..

"Fitrah tanpa Hidayah boleh menjadi Fitnah"

Namun begitu, cinta selalu disinonimkan dengan virus.. bukan influenza virus.. bukan juga HIV Virus.. tetapi virus CINTA

~Adakah benar cinta itu virus?~
versus
~Virus Sebenar~
Jikalau virus biasa... InsyaAllah akan ketemui penawarnya.. walaupun lambat dan memerlukan kajian yang memakan masa.. namun begitu, bagaimanapula dengan virus cinta@ virus merah jambu yang sedang menular dalam kalangan insan bernama manusia..

Suka ana kaitkan dengan info dari iluvislam.com..

Antara Tanda-tanda awal manusia yang dijangkiti virus ini ialah:
  1. hati tidak tenang  
  2. Suka dan cemburu    
  3. Tidur tak lena dek angau
  4. terbayang-bayang si pujaan hati
~Angau~
Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahawa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C: ImanCintaIlahi.Exe atau file C: ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Antara penyakit yang paling parah adalah:

  1. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia,
  2. Me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi.
  3. Wahan-supaya sentiasa dapat bersama dengannya..
~Wahan-penyakit yang parah~
Namun begitu.. setiap penyakit pasti ada penawarnya.. bak Hadis Rasulullah, 

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)

Bagaimana caranya?

  1.  Hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe.
  2.  Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan.
  3.  Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
  4. Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..
Sama-samalah kita renungkan..
sahabat... bila henset kita low bateri.. kita cepat-cepat cari charger.. takut tak sempat balas sms @ call orang tersayang.. tapi bila, Iman kita low..kita buat aper erk???


Maka, sama-samalah kita men-charge iman kita.. :)
Namun begitu, suka ana kaitkan disini dengan apa yang ana baca dari sebuah buku bertajuk "SINERGI" karya Hilal Asyraf


Cinta memang fitrah manusia.. Siapa boleh kawal kalau kita sudah jatuh cinta.. tetapi, cinta haruslah dibina atas dasar keimanan. jangan sekali-kali biarkan cinta mengawal keimanan kita tapi biarkan keimanan kita yang mengawal cinta... 
dan..
Cinta..itu perlu diiringi dengan pengorbanan.. iaitu pengorbanan harta, masa, dan diri kita untuk tarbiyah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai-Nya.. 
Ingat.. Jadikan Cinta kita wasilah atau cara yang terbaik untuk kita mendapat keredhaan-Nya.. bukan menjadikan keredhaan-Nya sebagai wasilah untuk mendapatkan cinta... 

Ada orang kata, 
"Cinta ibarat rama-rama, dikejar ia lari.. 
kita hanya perlu menanti agar ia datang menghampiri.."

Maknanya, tak pelu tergesa-gesa mencari cinta.. biar cinta yang datang seiring dengan cinta Allah yang didamba.. persiapkanlah diri untuk menjadi insan yang layak menerima cinta supaya dapat mewujudkan syurga cinta.. iaitu cinta yang membawa pencintanya ke JANNAH atau syurga..

Akhir kata: 
Janganlah dikejar cinta yang tidak diketahui penghujungnya tapi kejarlah Cinta yang pasti akan balasannya.. iaitu cinta Allah yang Maha Esa..

~Salam ukhuwah~

Monday, May 30, 2011

~Maghfirah~

~Maghfirah~

Semua orang tidak terkecuali daripada melakukan DOSA.
Namun... 
terdapat perbezaan antara orang beriman yang melakukan DOSA dan 
orang yang hatinya mempunyai masalah melakukan DOSA..
~Maghfirah adalah anugerah Allah
buat hamba-hambanya yang BERTAQWA~
Orang yang beriman akan menganggap Dosa itu ibarat sebuah 
GUNUNG tinggi yang menghempap dirinya... MANAKALA... orang yang hatinya punya masalah akan menganggap Dosa itu ibarat seekor
LALAT yang hinggap pada hidung. Disangka ringan, dikuis hilang..
Orang yang beriman juga akan sentiasa mendambakan MAGHFIRAH-NYA iaitu pengampunan dari yang Maha Pengampun.. dengan sebenar-benar taubat...
~Tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa
melainkan air mata taubat~

Sebagaimana firman-Nya dalam Al-Quran “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

******************************************************

Allah juga berfrman dalam Surah Al-Baqarah ayat 222 " Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri"

Disini terdapat sebuah kisah mengenai orang yang bertaubat...

Hadis Sahih Muslim

Nabi s.a.w bersabda : 
Terdapat seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. 
Lalu dia mencari seseorang yang paling alim.
Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, lalu dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata : 
Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? 
Pendeta tersebut menjawab : 
Tidak 
Mendengar jawapan tersebut dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.  
Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim.  
Setelah ditunjukkan kepadanya seorang ulama, dia terus berjumpa ulama tersebut dan berkata :  
Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? 
Ulama tersebut menjawab :  
Ya! 
Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? 
Pergilah ke Negeri si polan kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t. bersama mereka dan jangan pulang ke negeri kamu kerana negeri kamu adalah negeri yang sangat hina
Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati,menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. 
Malaikat Rahmat berkata : 
Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t.  
Manakala Malaikat Azab pula berkata : 
Dia tidak pernah melakukan kebaikan
Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata : Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir,itulah tempatnya.Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.

********************************************
Selain itu... 


Imran bin al-Husain al-Khunza radhiallahu ‘anhu menceritakan bahawa ada seorang wanita dari Juhainah yang datang kepada Rasulullah Shollallahu alayhi wa Sallam dalam keadaan hamil karena berzina. Ia berkata, “Wahai Rasulullah! Aku telah melanggar batas. Maka tegakkanlah hukum terhadapku.”  Kemudian Nabi memanggil salah seorang walinya agar memperlakukannya dengan baik. Beliau berkata, “Perlakukan dia dengan baik. Jika ia telah melahirkan maka bawalah dia kepadaku.” 
Maka ia melakukannya. Nabi pun memerintahkan untuk menghadirkan wanita tersebut. Lalu bajunya diikatkan pada tubuhnya. Lalu beliau memerintahkan agar wanita itu dirajam. Lalu Rasulullah menshalatkannya. 
Umar radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya, “Apakah engkau menshalatkan dia wahai Rasulullah? Sedangkan ia telah berbuat zina?” Rasulullah bersabda, “Ia telah melakukan taubat dengan taubat yang apabila dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya mereka semua akan mendapatkan bagian. Apakah engkau mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada ia yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah?” (HR. Muslim)

**Manusia adalah hamba-Nya yang lalai dan sering melakukan DOSA.. namun begitu, orang yang beriman tidak akan melakukan Dosa yang sama berulang kali..Mereka adalah golongan yang mengambil iktibar atas kesalahan yang telah mereka lakukan dan ingatlah bawa Allah sentiasa menantikan hamba-hamba-Nya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat...iaitu**

TAUBAT NASUHA

Bagi mereka yang dambakan MAGHFIRAH-NYA....


~Munajat~ Irsyadee

Di malam syahdu yang sepi ini
Kucurahkan segala isi hati
Mengapakah kini baru sedari
Banyak perintahmu telah kuingkari

Dulu hidupku sering terleka
Diulit mimpi dunia yang fana
Tapi tak pernah ku mencuba
Untuk lari dari tipu dan dayanya

Jiwaku yang dulu sepi
Kini keinsafan telah Kumiliki
Berlinangan air mata ini
Berderai jatuh membasahi bumi

Dulu hidupku sering terleka
Diulit mimpi dunia yang fana
Tapi tak pernah ku mencuba
Untuk lari dari tipu dan dayanya

Jiwaku yang dulu sepi
Kini keinsafan telah Kumiliki
Berlinangan air mata ini
Berderai jatuh membasahi bumi

Terimalah munajatku ya Allah
Aku mengharapkan kasih dan sayangMu
Hamba ini bergelumang dengan dosa
Moga diberikan maghfirahMu

(Repeat)
Terimalah munajatku ya Allah
Aku mengharapkan kasih dan sayangMu
Hamba ini bergelumang dengan dosa
Moga diberikan maghfirahMu
Moga diberikan maghfirahMu
Moga diberikan... maghfirahMu

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang akamu kerjakan" (As-Syuraa:25)

~SALAM UKHUWAH~